Acer Alpha Switch 12 dan Charger usb type C

Tablet Alpha Switch 12 keluaran Acer dan Charger usb type C

Kepada pengguna tablet Alpha switch 12 jenama acer tentu terfikir fikir bagaimana nak dapatkan charger usb type C. Kalau google banyak forum berkaitan dengannya. Saya juga tertanya-tanya mana satu yang sesuai. 

Kalau terus beli tak tentu lagi sesuai. Misi percubaan pertama, saya beli kabel usb type C. Ingatkan bolehlah cas dengan powerbank 16000mAH. Bila sampai je kabel tersebut. Terus sambung powerbank berkenaan dengan kabel usb type C untuk cas tablet.  Rupanya tak boleh. Nasib baik kabel tersebut tak cecah ratus sekadar RM30 je. 

Terus google lagi, terjumpalah forum mempunyai artikel acer menjual charger usb type C yang compitable. Dan terdapat sikit info berguna untuk pemilihan charger berkenaan. Watt, Voltan dan Ampere yang disyorkan. Kalau pandai kiraan berkaitan kuasanya tentu senang. Saya nak kira? Ish.... manalah tahu bukan ahli elektronik atau pakar. 

Tip diberi dari forum tersebut yang disyorkan oleh Acer  output 45W, 20V, 2.25A. Berdasarkan maklumat tersebut... Apa lagi misi diteruskan utk mencuba kebetulan di Lazada ada promosi charger output 45W, 20V, 2.25A. Ada pula kupon diskaun lazada 12% atau maksima rm15. Terus order charger berkenaan. Tiba pada 16.11.2017, hari ni 17.11.2017 sampai ke tangan. Dengan hati yang curiga kot tak boleh cas, sebaik sahaja charger dikeluarkan terus sambung pada port usb type C alpha switch. Tengok lampu pada butang tablet, tak de pun warna merah menunjukkan proses cas dilakukan. Kecewa pun ada, cuba on tablet dah login dan terlihat simbol bateri sedang dicas di sudut penjuru kanan. Info menunjukkan proses cas akan selesai 1jam 20 minit. Apa lagi terubat rasa kecewa tadi.

Rujukan:

https://us.answers.acer.com/app/answers/detail/a_id/43000#_ga=2.41481570.1731015678.1511369599-652121484.1511369599